Wednesday 28 September 2011

JAIS tetap larang ahli politik ceramah di masjid





2011/09/29

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak akan tunduk dengan desakan pihak tertentu yang mahu pihak berkuasa agama itu menarik semula larangan kepada ahli politik untuk berceramah mengenai agama Islam di masjid, surau serta premis awam di negeri ini. 

Pengarahnya, Marzuki Hussin, berkata ia selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya rumah ibadat tidak disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.
"Kepemimpinan PAS Selangor ada menemui pihak JAIS kelmarin yang antara lain berbincang mengenai isu tauliah ini. Antara yang hadir termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman serta Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
"Mereka (ahli politik) boleh memohon tetapi jawatankuasa tauliah akan mempertimbangkan mengikut peraturan sedia ada seperti dititahkan oleh Sultan Selangor," katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran JAIS di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment