Wednesday 28 September 2011

Murid prasekolah lemas




RAMLI AHMAD menunjukkan tempat anak saudaranya, Muhammad Saiful mati lemas di Sungai Langgar, Kampung Limbong, Alor Setar ketika ditemui semalam.


ALOR SETAR - Hajat seorang murid prasekolah untuk menghadiahkan ikan pekasam kepada dua gurunya tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas di Sungai Langgar di Kampung Limbong di sini Isnin lalu.
Mayat mangsa, Muhammad Saiful Sudin, 6, ditemui penduduk kampung pada pukul 9.05 malam iaitu selepas dua jam dia diketahui terjatuh ke dalam sungai sedalam lima meter itu.
Ibu mangsa, Zaitun Man, 50, memberitahu, sebelum kejadian, dia dan anak bongsunya itu pergi memancing ikan di satu saliran air di kawasan sawah tidak jauh dari rumahnya.
"Selepas sejam memancing dan mendapat empat ekor ikan sepat, kami berdua pulang ke rumah dengan menaiki motosikal pada pukul 7 petang.
"Bagaimanapun, tiba di simpang menghala ke rumah, Saiful ternampak lima rakannya bermain di atas titi sungai lalu dia terus turun dari motosikal," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, dia melarang Saiful bermain di sungai tetapi dia terus berlalu pergi dan memberitahu hendak pergi ke rumah saudaranya.
"Tidak lama kemudian seorang rakannya datang ke rumah beritahu Saiful terjatuh ke dalam sungai," tambahnya.

No comments:

Post a Comment