PASIR MAS - Seorang ibu sempat berjumpa dan berbual dengan anak sulungnya tidak sampai dua jam sebelum dimaklumkan penemuan mayat anaknya itu sebaik pulang menoreh getah kira-kira jam 1 tengah hari semalam. Wanita 54 tahun itu berkata, anak pertama daripada tiga beradik itu baru sahaja pulang jam 10 malam kelmarin di Kampung Pengkalan Macang, Tok Uban di sini, setelah ditahan di Penjara Kamunting, Perak, selama enam bulan. Menurutnya, Azri Che Mud, 33, sempat menjamah nasi dengan lauk ikan sungai sebaik sampai di kediaman mereka malam kelmarin. “Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, dia bercakap seperti biasa dan berjanji tidak akan keluar rumah dan hanya akan keluar esok (hari ini) untuk melaporkan diri di balai polis. “Semalam dia berselera makan dan sempat tambah nasi dua kali dan tidak menyangka itu kali terakhir dapat bersamanya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Hospital Daerah Pasir Mas, petang semalam. Wanita itu berkata, sebaik pulang menoreh, dia didatangi anggota polis dari Balai Polis Tok Uban memaklumkan tentang kematian anaknya. Menurutnya, dia tidak percaya dengan berita disampaikan kerana anaknya berjanji tidak akan keluar rumah lagi pun ketika ke kebunnya, anaknya masih tidur. “Saya terus mengajak suami ke hospital untuk melihat mayat tersebut sama ada betul mayat anak saya atau tidak. “Selepas melihatnya baru saya percaya dan pasrah dengan apa yang berlaku walaupun jauh di sudut hati saya mahu melihat dia berubah selepas ditahan di penjara,” katanya. Katanya, dia sempat berbual dengan anaknya untuk masuk tidur memandangkan keesokan harinya dia perlu bangun awal untuk menoreh. Jenazah Azri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Uban, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa ditemui orang awam di ladang kelapa sawit berhampiran semak di Kampung Bakat, Gual Periok, jam 12 tengah hari sebelum dimaklumkan kepada pihak polis. Menurutnya, sebaik menerima panggilan, pihak polis ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki warga tempatan sebelum dibawa ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut. “Mengikut maklumat daripada saksi dan berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa mengambil dadah jenis secara berlebihan. Kita mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya.
Monday, 3 October 2011
Hanya jumpa kurang dua jam

Labels:
dadah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment