Monday 3 October 2011

Kedutaan Bangladesh diugut kerana tak benar guna ejen

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke negara ini, A K M Atiqur Rahman mendakwa menerima ugutan daripada beberapa pihak yang tidak berpuas hati berikutan tindakan pejabatnya yang tidak membenarkan semua warga Bangladesh di Malaysia menggunakan ejen untuk melakukan proses pemutihan melalui Program 6P.
Beliau berkata, baru-baru ini, menerima maklumat terdapat beberapa sindiket yang merancang mengasarinya dan kakitangan.

Menurutnya, beberapa ejen dipercayai merancang mencederakan beliau dan semua kakitangan kedutaan dan bagi keselamatan diri, pihaknya semalam membuat permohonan melalui surat kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi menambah anggota untuk meronda dan mengawal kedutaan serta kediaman rasminya.

“Kedutaan mengeluarkan arahan supaya semua rakyat Bangladesh datang sendiri atau bersama majikan bagi mendaftar Program 6P dan tidak melayan sebarang permohonan mana-mana ejen tidak sah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment