Sebelum kejadian, suspek berusia 30-an bersemuka dengan mangsa di tempat kerjanya di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.
Dalam pertemuan itu, suspek gagal memujuk mangsa menyebabkannya berang sebelum memarahi wanita itu ketika mereka bertemu di tepi kolam hotel berkenaan.
Menurut sumber, tidak tahan dengan maki-hamun bekas teman lelakinya, mangsa cuba beredar, namun tidak sempat apabila dihalang suspek yang kemudian terus memukul kepalanya.
“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa cuba menyelamatkan diri dengan meminta pertolongan, namun sekali lagi suspek bertindak ganas dengan menampar muka dan menarik rambut sebelum mangsa dihantuk ke dinding bangunan hotel itu,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek mengugut mahu mencampakkan mangsa ke dalam kolam jika enggan meneruskan semula hubungan.
“Tidak tahan diperlakukan sedemikian, mangsa menjerit meminta tolong dan jeritan itu didengari pekerja lain yang kemudian bergegas ke tempat kejadian.
“Panik melihat kehadiran rakan sekerja mangsa, suspek melarikan diri,” katanya.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
No comments:
Post a Comment