Sambil menitiskan air mata, mangsa, Winni Friday, 30, memanjat sebatang pokok di tebing sungai dan melambai ke arah rakannya berusia 15 tahun sebelum terjun, kira-kira jam 3.30 petang.
Suri rumah berkenaan yang sudah berumah tangga dipercayai bertindak demikian akibat kecewa selepas teman lelaki enggan bertanggungjawab terhadap anak luar nikah yang dikandung hasil hubungan terlarang Seorang saksi berusia lingkungan 50-an yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian mangsa mengajak seorang rakan wanita ke sebuah kebun berhampiran sungai berkenaan dan menceritakan masalah peribadi dihadapi.
“Mangsa duduk di tebing sungai sambil menceritakan hubungan sulitnya dengan seorang lelaki sehingga mengandung anak luar nikah kepada remaja berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa memberitahu kekasihnya enggan bertanggungjawab walaupun sudah acap kali didesak menyebabkan wanita terbabit kecewa sebelum mengambil tindakan nekad itu,” katanya.
Walaupun dipujuk rakan, mangsa dikatakan nekad mengugut untuk menarik rakannya sama ke dalam sungai itu jika cuba mengulangi pujukan itu.
“Mangsa memanjat sebatang pokok di tebing sungai berkenaan sebelum terjun dan rakannya yang panik bergegas mendapatkan bantuan penduduk kampung,” katanya.
Katanya, mangsa turut meninggalkan nota terakhir yang menjelaskan tindakannya termasuk hubungan sulit dengan seorang lelaki tidak dikenali selain telefon bimbit di tepi pokok terbabit.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Siburan, Hashim Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai, kira-kira jam 4 petang kelmarin.
“Hari ini (semalam) adalah hari kedua operasi mencari dan menyelamat mangsa dan buat masa ini, kami masih belum menemuinya,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, mangsa dipercayai membunuh diri akibat tidak tahan masalah dihadapi.
Beliau berkata, polis turut menemui nota yang dipercayai menceritakan masalah dihadapi.
No comments:
Post a Comment