Monday 3 October 2011

Lelaki tunjuk pistol ketika bergaduh ditahan

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang berlagak dengan menunjukkan pistol ketika bergaduh dengan rakannya di lobi sebuah hotel, di sini, mengundang padah apabila dia ditahan dalam satu serbuan, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 2 pagi oleh sepasukan polis selepas menerima maklumat mengenai pergaduhan di hotel berkenaan.
“Polis bergegas ke hotel berkenaan dan dengan menggunakan kunci pendua, anggota polis masuk ke bilik hotel lelaki terbabit.

“Ketika itu, suspek berada dalam bilik hotelnya dan selepas memperkenalkan diri, polis melakukan pemeriksaan sebelum menemui satu beg hitam diletakkan di bawah tilam,” katanya.


Menurutnya, polis menemui sepucuk pistol dalam beg terbabit dan juga satu kelopak peluru mempunyai tujuh butir peluru dipercayai milik lelaki itu.

No comments:

Post a Comment