Monday, 3 October 2011

3 sekawan ‘lewat’ yakin lulus UPSR



Oleh M Hifzuddin Ikhsan 
hifzuddin@bharian.com.my
2011/10/04

GURU membantu  Edward    mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menduduki UPSR hari ini.
GURU membantu Edward mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menduduki UPSR hari ini.
Murid bersemangat duduki peperiksaan 

BINTANGOR (SARIKEI): Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor yang ‘terlewat’ menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berbanding rakan lain, mengakui lemah dalam subjek tertentu, namun yakin akan lulus dalam peperiksaan itu.
Murid Tahun Enam, Edward Ujoh Augutine, Richmend Mangi dan Idie Ngayol, mula menduduki UPSR hari ini di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bintangor, di sini, selepas dikurung dan tidak dibenarkan menduduki ujian itu bulan lalu kerana dikatakan tidak pandai.
Walaupun tidak menaruh harapan tinggi, tiga rakan dari rumah panjang Selat, Sungai Janting itu tetap bersemangat selepas diyakinkan guru bagi menduduki semula peperiksaan, selain mengulangkaji bersama sejak tiga hari lalu. 

Edward berkata, kesedihan kerana tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bersama rakan lain masih terasa, namun dia tetap bertekad mahu membuktikan murid lemah masih berpeluang untuk berjaya. 

“Saya cuma mencatat keputusan terbaik C bagi subjek Bahasa Malaysia ketika ujian percubaan lalu, tetapi bagi peperiksaan kali ini saya yakin boleh memperbaiki keputusan itu sekurang-kurangnya B. 

“Cikgu banyak membantu kami termasuk mengadakan kelas insentif sejak minggu lalu. Kesungguhan cikgu membuatkan saya tidak sabar menduduki peperiksaan esok (hari ini),” katanya.

No comments:

Post a Comment