Monday 3 October 2011

Jemaah tanpa permit ditegah ke Tanah Suci

JEDDAH: Pegawai kanan pasport Arab Saudi, memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyeludup masuk mereka yang tinggal lama secara haram atau jemaah haji tanpa permit untuk masuk ke kawasan suci.
Brigadier Ayedh Al-Harbi, Komander Polis Pasport untuk Haji berkata, mereka yang membawa jemaah haram mudah untuk dikenal pasti dan akan menerima hukuman yang berat.
Setiap jalan masuk ke Makkah dan Madinah, dikawal oleh anggota polis pasport yang berkelayakan untuk mengenal pasti dokumen palsu, jemaah haji haram dan sesiapa saja yang cuba memasuki dua bandar suci tanpa permit haji yang sah, katanya.

Menurut Ayedh, Direktorat Awam untuk Pasport telah melatih kakitangan untuk menjalankan tugas mereka dengan cekap semasa musim haji.


Katanya, semua jemaah haji akan diambil cap jari mereka untuk memastikan mereka tidak tinggal di Arab Saudi selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

Ayedh berkata, peralatan moden untuk mengesan dokumen palsu akan digunakan untuk mengesan pasport palsu.

“Program komputer terkini akan digunakan untuk menila prosedur keluar masuk jemaah,” katanya.

Kata Ayedh lagi, sejumlah anggota polis akan diletakkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad di Madinah dan Pelabuhan Islam di Jeddah.

No comments:

Post a Comment