Monday, 3 October 2011

Bayi dalam beg belakang hotel

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan masih hidup dan bertali pusat ditemui diletakkan dalam beg di belakang sebuah hotel di Jalan Ipoh, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, seorang lelaki tempatan yang melalui kawasan berkenaan menemui bayi itu sebelum memaklumkan kepada seorang jururawat sebuah klinik swasta berhampiran.

Jururawat itu mengambil bayi berkenaan dan dirawat oleh seorang doktor di klinik berkenaan sebelum dibawa ke Balai Polis Sentul untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaan badannya yang masih kotor dan berdarah.

“Siasatan awal mendapati bayi terbabit mungkin milik pekerja asing dari Myanmar yang tinggal di kawasan berkenaan,” katanya.

“Bagaimanapun, suspek masih lagi dikesan kerana belum ada saksi tampil memberikan maklumat,” katanya.

No comments:

Post a Comment