“Kejadian berkenaan berlaku begitu pantas yang menyebabkan kereta Nissan X-Trail yang dipandu saya bersama seorang rakan pecah cermin hadapannya,” kata pemandu terbabit, Yang Kiam Kui, 56. Kenderaan yang dinaiki bersama rakannya, Chong Chee Ton, 48, dirempuh lori berkenaan sebelum terbalik di persimpangan lampu isyarat berhampiran Wakaf Che Yeh, kira-kira jam 11.30 pagi semalam. Dalam kejadian itu kedua-dua lelaki berkenaan sedang berhenti di lampu isyarat. Kiam Kui berkata, dia dan rakan sebenarnya dalam perjalanan untuk mengadakan kutipan derma di Ketereh untuk persatuan yang disertai mereka. Katanya, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat, mereka sudah menyedari kehadiran lori terbabit yang dilihat hampir hilang kawalan. ”Lori terbabit dipandu laju walaupun ketika memasuki selekoh yang penuh dengan muatan batu menyebabkan hilang kawalan dan terus merempuh kami sebelum terbalik. ”Mujurlah kami hanya mengalami luka-luka ringan,” katanya. Selain kereta itu, lori berkenaan turut melanggar sebuah lagi lori muatan satu tan yang berhenti di belakang kereta mangsa. Pemandunya, Sega Vengedasalam, 42, berkata dia terkejut apabila lori berkenaan memasuki selekoh dengan laju. Katanya, dia cuba mengundurkan kenderaan namun tidak dapat melakukan apa-apa kerana kejadian berlaku dengan pantas. ”Sebaik lori itu memasuki selekoh, ia terus terangkat dan terbalik mungkin akibat muatan yang berlebihan,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. |
Monday, 3 October 2011
Dua nyaris maut dilanggar lori
Labels:
kemalangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment