Monday 3 October 2011

Puteri Charlene perlu masa





2011/10/04

PUTERI Charlene ketika baru mengahwini  Putera Albert II.
PUTERI Charlene ketika baru mengahwini Putera Albert II.
Masih belum dapat sesuaikan diri jalankan tugas diraja sepenuh masa 

LONDON: Puteri Charlene yang baru mengahwini pasangannya, Putera Albert II dari Monaco menegaskan bahawa beliau akan menjalankan tugas diraja dengan caranya sendiri tetapi mengakui bahawa tanggungjawab itu memerlukan banyak masa untuk dilaksanakan.
Dalam satu temubual dengan akhbar Daily Telegraph semalam, wanita berusia 33 tahun yang berasal dari Afrika Selatan itu mengahwini Putera Albert II pada Julai lalu ketika akhbar British melaporkan bahawa beliau cuba untuk melarikan diri sebelum hari besar berkenaan.
Pasangan berkenaan berkahwin beberapa minggu selepas Putera William dan Catherine Middleton melangsungkan perkahwinan mereka, tetapi Charlene enggan membuat sebarang perbandingan membabitkan kedua-dua mereka dengan berjanji untuk melakukan semua perkara mengikut caranya sendiri. 

“Saya rasa bagi seseorang yang tinggal di sebuah negara baru dan menjalani satu gaya hidup baru, ia adalah satu peranan berbeza,” katanya kepada akhbar British terbabit pada minggu terakhir Minggu Fesyen Paris. 

“Saya baru belajar. Saya seorang perenang Olimpik, saya hidup dalam pakaian renang dan saya sering menjelajah,” katanya. 

Charlene menjangkakan bahawa tugas diraja beliau akan menjadi satu pekerjaan sepenuh masa tetapi beliau perlu mengambil masa untuk menyesuaikan dengan keadaan itu. 
Rakyat Afrika Selatan itu mengakui bahawa bahasa Perancisnya juga tidak terlalu lancar tetapi yang akan menjadi lebih baik dalam tempoh terdekat. 

Malah puteri diraja itu turut bertanyakan ‘kenapa?” ketika dimaklumkan Telegraph mahu menemubual beliau dan sambil berjenaka berkata beliau ‘bercakap dengan musuhnya’ yang menyiarkan berita mengenai dirinya sebelum perkahwinan dilangsungkan. 

Putera Albert dan kerajaan Monaco sebelum ini mengkritik media yang menyebarkan apa yang disifatkan mereka sebagai khabar angin. 

Dakwaan bahawa Charlene cuba untuk melarikan diri beberapa hari sebelum majlis perkahwinan diraja itu ditolak oleh pihak istana dan Albert sendiri. 

Media melaporkan bahawa Puteri Charlene terganggu ketika persediaan majlis mewah berkenaan dan mahu pulang ke negara asalnya selepas khabar angin menyatakan mengenai kisah kecurangan putera itu. – AFP

No comments:

Post a Comment