Menceritakan nasib malang yang menimpa keluarganya, mangsa, P Vengadesan, 45, berkata, kejadian berlaku awal Disember tahun lalu apabila wanita berkenaan yang mengaku sebagai ahli perniagaan antarabangsa memujuknya menyerahkan wang demi masa depan kedua-dua anak angkatnya itu mengejar cita-cita sebagai peguam.
Dia yang bekerja sebagai tukang tilik nasib sejak lebih 20 tahun lalu berkata, wanita berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan keluarganya sejak awal tahun lalu.
“Berikutan itu, saya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi saya di talian 016-7267450 atau balai polis berhampiran,” katanya ketika ditemui di Pasir Gudang, di sini.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Seri Alam berkata, pihaknya menerima laporan mangsa namun enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan.
“Saya mengenali wanita berkenaan yang dikenali sebagai Komila, 40, ketika dia mendapatkan perkhidmatan saya awal tahun lalu sambil ditemani suaminya.
“Sejak bacaan pertama, saya mendapati dia berniat jahat namun dia berkeras menafikannya dan mengatakan tilikan saya silap.
“Ketika itu, wanita itu berlakon sebagai seorang penyayang dan kerap mengunjungi kediaman kami serta mengambil berat dua anak gadis saya iaitu Devi, 18 dan Kali, 20,” katanya.
No comments:
Post a Comment