Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song berkata, daerah Kuala Muda mencatatkan rampasan mesin judi tertinggi iaitu 1,384 unit dengan 264 tangkapan diikuti Kota Setar, 1,306 unit, 265 tangkapan, Kulim 247 unit, 95 tangkapan, Kubang Pasu 45 unit, 10 tangkapan dan Langkawi 24 unit, tiga tangkapan. Menurutnya, dari 2010 sehingga September 2011, polis telah mengadakan 519 operasi yang melibatkan premis perjudian dan merampas 1,160 komputer pelbagai jenama. Selain itu 164 orang ditahan di mana kesemua terlibat merupakan petugas premis terlibat. “Dalam bentuk pecahan, sepanjang tahun 2010, polis mengadakan 430 operasi dan berjaya menahan 107 orang dan merampas 873 unit komputer. “Bagi tahun 2011 bermula Januari sehingga September, 89 serbuan dibuat dan kita berjaya menahan 57 orang serta merampas 377 unit komputer. Kesemua rampasan ini dilakukan terhadap premis perjudian yang dijalankan di pusat siber,” katanya. Su Song berkata, mereka yang ditahan akan disiasat di bawah seksyen 4B (A) Akta Judi Rumah Terbuka 1953. Katanya, selain itu, polis juga akan memohon TNB untuk memotong bekalan elektrik ke semua premis yang menjalankan aktiviti mesin perjudian. “Dari 1,160 komputer yang dirampas, kami mentafsirkan jumlah rampasan bernilai kira-kira RM582,000. “Polis Daerah Kulim tidak akan berkompromi dengan pesalah yang terlibat dalam kegiatan perjudian seperti ini,” katanya. Su Song meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat tentang pengendalian premis perjudian di sekitar Kulim kepada polis dengan menghubungi talian 04-4916999. “Saya turut menasihatkan ibu bapa dan semua masyarakat Kulim supaya tidak terlibat dalam kegiatan perjudian haram kerana ia merupakan antara aktiviti tidak sihat dan merugikan,” katanya. |
Monday, 3 October 2011
Pusat judi siber diserbu
Labels:
judi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment