Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 1,749 buah komputer telah dirampas dalam Ops Dadu.
“Perkembangan kemajuan teknologi telekomunikasi dan penggunaan media interaktif pada masa kini mendorong sindiket perjudian berkomputer mengaut keuntungan dengan menjalankan aktiviti perjudian di sebalik perniagaan pusat siber,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang, semalam.
Tambahnya, daerah Kuantan turut mencatatkan peningkatan apabila 95 premis pusat siber telah dikesan menawarkan perjudian berkomputer yang melibatkan tiga sindiket.
“Dalam operasi yang dijalankan sepanjang tempoh yang sama, jumlah tangkapan yang berjaya dibuat di daerah ini seramai 573 orang hasil daripada 126 serbuan dan turut merampas sebanyak 1441 komputer.
“Kami juga telah membuat pemotongan elektrik dan pembatalan lesen di 27 premis perjudian,” katanya.
Mohd Haris berkata, dalam membanteras kegiatan perjudian ini, pihaknya turut mendapatkan kerjasama daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan susulan.
No comments:
Post a Comment