Pemiliknya, Dr R Raghu, 50, berkata, beliau dihubungi rakannya kira-kira jam 7.30 pagi yang memberitahu pintu kaca kliniknya rosak teruk.
Beliau bergegas ke lokasi untuk melihat sendiri keadaan kliniknya lebih dekat.
“Saay terkejut apabila melihat pintu cermin pecah manakala pintu bahagian dalam turut diumpil sebagai laluan perompak masuk ke dalam.
“Ketika memeriksa barangan dalam klinik, saya dapati sebuah komputer hilang namun bernasib baik kerana barangan lain masih selamat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Menurutnya, kejadian berkenaan adalah yang pertama berlaku sepanjang 16 tahun menjalankan operasi klinik itu.
“Nasib baik sewaktu kejadian tiada siapa di dalam, kalau tidak mungkin perkara yang lebih buruk akan berlaku,” katanya yang membuat laporan kejadian di Balai Polis Bercham, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superintendan Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan pihaknya akan menjejaki suspek yang terbabit.
No comments:
Post a Comment