Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata, sebahagian besar daripada motosikal itu disita atas pelbagai kesalahan jalan raya.
"Kesemua motosikal itu tidak pernah dituntut pemilik sejak tahun 2000 lagi dan sehingga kini kami gagal mengesan pemilik motosikal terbabit," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya memberi tempoh dua bulan bermula hari ini bagi pemilik menuntut motosikal mereka sebelum dilelong kepada orang ramai.
"Mereka yang kehilangan motosikal atau pernah disita bolehlah datang sendiri ke IPD Kuantan dengan membawa salinan geran asal motosikal mereka bagi mengesahkan mereka pemilik sebenar kenderaan terbabit," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment