KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam 25 kejadian samun dan ragut di sekitar Ampang termasuk kes ragut membabitkan seorang pelakon wanita era 80-an awal bulan ini, ditahan dalam satu operasi cegah jenayah, Rabu lepas.
Polis turut menemui sebilah parang pada badan lelaki itu dan hasil pemeriksaan juga mendapati motosikal yang digunakan lelaki itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan ketika dia menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bersama rakannya, kata Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amiruddin Jamaluddin.
"Suspek dan rakannya (lelaki) itu cuba melarikan diri tapi dia terjatuh (dari motosikal) dan berjaya ditahan, manakala rakannya sempat meloloskan diri," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment