Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas Martin Uchenna, 32.
“Ketika pegawai kastam membuat pemeriksaan di dalam bas ekspres dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah, semua penumpang bas diarahkan turun untuk mengambil beg masing-masing dan pemeriksaan dijalankan. Pada masa itu, polis mendapati dua beg tidak dituntut iaitu beg galas bertulis ‘Loew Alpine’ dan beg pakaian berjenama ‘Condo’ yang dikunci menggunakan mangga.
“Ketika itu, hanya tinggal seorang lelaki iaitu tertuduh yang belum mengambil begnya. Apabila unit pengesan menggunakan anjing ke atas kedua-dua beg itu dan hasil pemeriksaan mendapati ia mengandungi dadah,” katanya.
Beliau berkata keadaan gelisah dan badan tertuduh berpeluh ketika pemeriksaan badan turut menjumpai dua anak kunci membuktikan kawalan terdapat beg itu.
“Polis berjaya merampas kunci di dalam poket tertuduh,” katanya.
No comments:
Post a Comment