Friday, 30 September 2011

3 polis palsu ditangkap selepas samun

TAMPIN - Aktiviti tiga polis palsu yang mengganas di sekitar negeri ini dan Kedah akhirnya tumpas selepas mereka ditahan melalui satu operasi khas yang melibatkan anggota dan pegawai dari polis Tampin dan Putrajaya, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Chang berkata, polis palsu itu terdiri daripada tiga lelaki termasuk dua adik-beradik yang berusia di antara 31 hingga 45 tahun.
"Mereka telah terbabit dalam jenayah samun di sekitar Port Dickson, Gerik dan Alor Setar. Kesemua mereka ditahan dalam sebuah rumah di Putrajaya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment