Friday, 30 September 2011

Dua penganggur terlepas tuduhan rompak



30/09/2011 12:31pm

KUALA LUMPUR - Dua penggangur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap tuduhan merompak dua pekerja stesen minyak warga Nepal dan merampas peti duit berisi wang tunai RM2,200, tiga tahun lepas.
Hakim Zulhazmi Abdullah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Jalaluddin Abdul Karim, 26, dan Chong Vuu Han, 29.
Jalaluddin dan Chong bersama dua lagi yang masih bebas, didakwa dengan niat dan tujuan bersama merompak Lokendra dan Mahesh dengan merampas wang tunai tersebut ketika sedang bekerja di Petronas NGV, Jalan Jambu Jerteh, Jinjang Selatan, Sentul di sini, pada 12 Jun 2008 kira-kira pukul 5.30 pagi. - Bernama

No comments:

Post a Comment