Ceramah yang didakwa tanpa permit itu diadakan dengan berselindung di sebalik jamuan hari raya anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Mohd Saufi Abdul Razak yang berlangsung bertentangan dengan program rumah terbuka hari raya dan Ceramah Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan polis itu dibuat Pengarah Jawatan Kuasa Pilihan Raya Negeri, Zaidi Ahmad di Balai Polis Kuantan di sini kira-kira jam 4 petang semalam.
Pada masa yang sama, satu laporan polis turut dibuat terhadap Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Abdul Razak Hassan kerana didakwa gagal menggunakan kuasanya untuk menghentikan ceramah Ummi Hafilda walaupun beliau mengakui program tersebut berlangsung tanpa permit dan ceramah disampaikan penuh kontroversi dan provokasi.
Zaidi berkata, laporan polis itu dibuat sebagai bantahan terhadap tindakan segelintir pihak yang didakwa didalangi pemimpin UMNO kerana sengaja mengganggu program PKR yang berlangsung bertentangan di seberang jalan.
Menurutnya, paling dikesalkan, ceramah yang disampaikan Ummi Hafilda itu amat tidak sesuai untuk disampaikan dalam majlis hari raya atau di mana-mana tempat sekalipun.
“Dalam ceramahnya bermula kira-kira jam 10.40 hingga 12 tengah malam itu, Ummi Hafilda turut menjerit memanggil nama Anwar Ibrahim, selain perkataan mencarut, lucah, menengking dan menghendik,” katanya.
Justeru itu beliau dengan tegasnya meminta polis menyiasat aduan tersebut dengan profesional, tidak memihak dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan dalam perkara itu tanpa mengira fahaman politik dan kedudukan.
No comments:
Post a Comment