Friday, 30 September 2011

Kontraktor dihukum gantung sampai mati



30/09/2011 6:40pm

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang kontraktor warga India kerana mengedar dadah ketamin seberat 25kg di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 2008.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman itu ke atas Munuswamy Sundar Raj, 44, di akhir kes pembelaan hari ini setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohtarudin berkata, tertuduh datang ke Malaysia menerusi penerbangan dari New Delhi ke Malaysia yang singgah di Singapura.
Semasa berbaris untuk menaiki kapal terbang di India seorang lelaki dikenali sebagai Faruk telah memintanya membawa satu beg berisi makanan ”Rahman Food Energy” untuk dibawa ke Malaysia, katanya.
Faruk mengupah Munuswamy RM2,000 bagi tugasan itu dan memberikan satu kad sim untuk dihubungi dan kunci untuk membuka beg itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment