Friday 30 September 2011

Pengecaman kawad cam diragui




Kafe siber di Taman Sri Subang, Petaling Jaya tempat anak Datuk Bandar Petaling Jaya dan dua rakan didakwa melakukan samun pada 23 Mac 2010. Bagaimanapun, mereka dibebaskan daripada tuduhan itu semalam.


PETALING JAYA - Anak Datuk Bandar Petaling Jaya dan dua rakannya semalam dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan menyamun seorang pemilik kafe siber tahun lepas.
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap penuntut kolej, Mohd. Radzak Razali, 22, pemandu peribadi Zulhelmi Mohammad, 23, serta Mohd. Khairul Amir Mohamad Roslan, 23, penuntut kolej yang juga anak kepada Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman.
Rozina dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal memanggil pengadu dan mangsa untuk memberi keterangan di mahkamah, sebaliknya pihak pendakwaan banyak bergantung kepada keterangan daripada pegawai polis semata-mata.
"Selain itu pengecaman terhadap tertuduh pertama (Mohd. Radzak) dan kedua (Zulhelmi) semasa kawad cam juga diragui kerana berdasarkan keterangan daripada saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat Inspektor Zaini Mohamad Piah bahawa tangkapan yang dibuat ke atas kedua-dua tertuduh adalah berdasarkan pengecaman orang awam ke atas kereta dan pengecaman tersebut tidak dibuat berdasarkan individu yang ada di dalam kereta itu," katanya.
Rozina berkata, tiada keterangan mengaitkan tertuduh ketiga iaitu Mohd. Khairul memandangkan tertuduh tidak berada di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment