Friday 30 September 2011

3 maut, 2 cedera parah kereta bertembung lori



LUMUT - Tiga sekeluarga maut, manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 4, Jalan Seri Manjung-Segari berhampiran Kampung Sungai Rumput, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, kejadian berlaku pada jam 11.30 malam melibatkan sebuah Perodua Kancil dengan sebuah lori tiga tan.

“Siasatan awal mendapati Perodua Kancil yang dinaiki lima penumpang itu dalam perjalanan ke rumah mereka di Pantai Remis.

“Mereka dari arah Seri Manjung menghala ke Segari bertembung dengan lori dari arah bertentangan selepas gagal memotong sebuah kenderaan lain di tempat kejadian.

“Pertembungan itu menyebabkan dua penumpang kereta mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa, meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Jamil berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Roslan Osman, 35, dari Kampung Permatang Raja, Pantai Remis; anak perempuannya Puteri Nurul Najwa Roslan, 12, dan anak saudara mangsa, Ainuddin Abd Wahab, 15.

“Pemandu kereta Zolkiffli Zakaria, 38, cedera parah di kepala, manakala seorang lagi penumpang kereta berkenaan, Ahmad Zamani Mat Yusof, 33, patah kedua belah kaki dan luka di kepala.

“Pemandu dan dua kelindan lori bagaimanapun hanya cedera ringan,” katanya.

No comments:

Post a Comment