Friday 30 September 2011

Dendam jadi motif lelaki ditembak



30/09/2011 4:16pm

KUALA LUMPUR - Polis tidak menolak kemungkinan dendam antara kumpulan merupakan motif kejadian seorang lelaki ditembak di sebuah restoran di Jalan Prima 2, Kepong, dua hari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata bagaimanapun polis masih menyiasat lebih lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan mengesan identiti dua lelaki yang disyaki itu.
"Buat masa ini kami belum dapat mengambil keterangan mangsa bagi mengesan suspek kerana mangsa yang cedera ditembak di perut dan tangan masih kritikal di hospital” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rabu lepas, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Subramaniam, 47, yang sedang minum di restoran itu terkena dua das tembakan dari jarak 20 meter yang dikatakan dilepaskan oleh seorang daripada dua suspek memakai topi keledar penuh dan menaiki motosikal jenis Yamaha RXZ berwarna biru. - Bernama

No comments:

Post a Comment