Detik mencemaskan itu berlaku ketika Masliza Mohd, 27, bersama dua anak lelakinya, Haikal Ismail, 4, dan Adam Daniel, 27, berada di ruang tamu sebelum terlihat asap yang dipercayai datang dari bahagian dapur rumah.
Masliza yang pada mulanya menyangka ia adalah kepulan asap membakar sampah yang dipercayai datang dari belakang rumah dilakukan adik iparnya, namun mula menyedari rumahnya terbakar selepas melihat api mulai marak di bahagian dapur rumahnya sebelum merebak ke ruang tamu
“Api dengan cepat menyambar bahagian ruang tamu menyebabkan saya panik. Dalam keadaan cemas itu, saya sempat mendukung dua anak bagi menyelamatkan diri.
“Bagaimanapun terlintas dalam fikiran saya wang RM3,000 dalam beg tangan yang disimpan dalam bilik sebelum saya berlari semula mendapatkan beg terbabit,” katanya yang masih trauma dengan tragedi tidak diduga itu.
Masliza bagaimanapun bernasib baik apabila dia dan dua anaknya terselamat, termasuk beg duitnya yang mengandungi wang RM1,000 miliknya serta RM2,000 milik seorang peneroka hasil upah mengait dan menjual buah sawit.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Md Salleh Sarbini mengesahkan kejadian manakala punca tragedi dan nilai kerugian masih dalam siasatan pihaknya.
No comments:
Post a Comment