Friday 30 September 2011

Tiga diberkas kerana menyamar



30/09/2011 5:36pm

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai pegawai Kementerian Dalam Negeri ditahan di sini dua hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata, dua lelaki itu, seorang daripada dipercayai kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan seorang lagi bekas kakitangan KDN, disyaki menyamar sebagai pegawai KDN dan mengugut dua penjual DVD di sebuah pasar malam di Taman Rainbow di Jalan Ipoh agar membayar mereka RM5,000 kononnya bagi mengelak daripada ditahan.
Beliau berkata, bahawa pada 8.30 malam Isnin lepas, dua penjual DVD itu didatangi kedua-dua suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai KDN dan seorang daripadanya menunjukkan kad kuasa KDN.
"Suspek kemudiannya mengugut dan meminta RM5,000 daripada penjual DVD terbabit dan merampas kad pengenalan kedua-dua penjual DVD itu setelah mereka gagal membayar wang yang diminta,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment