30/09/2011 2:32pm
KUALA LUMPUR - Seorang pelabur hari ini berjaya memperoleh semula wangnya berjumlah RM1.6 juta setelah disimpan oleh seorang peguam sejak tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd. Yusof membenarkan permohonan Lew Ban Kin untuk mendapatkan kembali wang tersebut dan turut memerintahkan peguamnya Datuk Sin Yoong Min membayar kos sebanyak RM30,000.
Zabariah membuat keputusan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Mohd. Shafiee Afendi yang mewakili Lew dan peguam Ramesh MP Chandran yang mewakili Sin.
Ramesh memberitahu pemberita bahawa hakim membuat keputusan itu setelah mendapati bukti yang dikemukakan Sin tidak konsisten dengan terma yang termaktub dalam perjanjian pakar runding. - Bernama
No comments:
Post a Comment