30/09/2011 6:34pm
NILAI - Dua cubaan untuk menyeludup dadah bernilai RM2.8 juta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gagal semalam selepas berjaya dikesan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, percubaan pertama dikesan pada pukul 12.30 tengah malam menerusi penerbangan dari Jakarta, Indonesia melalui tiga beg pakaian.
"Hasil pemeriksaan ke atas bagasi penumpang, anggota kita menemui dadah jenis Ketamin yang disorokkan dalam bagasi mereka. Hasil imbasan x-ray, kita melihat dadah itu disembunyikan dalam 30 bungkusan makanan bijiran,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.
Ekoran penemuan itu, dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia di antara 30 hingga 40 tahun ditahan, katanya.
Dadah itu dianggarkan benilai RM330,000 dengan berat 30 kilogram dan jika sabit kesalahan, ketiga-tiga mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952, katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment