Friday 30 September 2011

Bekas Ketua PKPM didenda RM6,000



30/09/2011 3:44pm

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) Nor Azami Ahmad Ghazali dan tiga pengarah syarikat hari ini didenda RM6,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini, masing-masing atas tiga pertuduhan mengikut Akta Syarikat 1965.
Hakim Ainul Shahrin Muhamad mendapati Nor Azami, 43, dan tiga lagi pengarah syarikat iaitu isterinya Sarina Mansor, 40, ibunya Saliah Ramli, 63, dan Abdul Rahman Baba, 63, bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Keempat-empat mereka didapati bersalah kerana gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan syarikat, gagal menyerah simpan penyata tahunan dan gagal membentangkan akaun untung rugi syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). - Bernama

No comments:

Post a Comment