Hakim Zulhazmi Abdullah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Jalaluddin Abdul Karim, 26, dan Chong Vuu Han, 29.
Jalaluddin dan Chong bersama dua lagi yang masih bebas, didakwa dengan niat dan tujuan bersama merompak Lokendra dan Mahesh dengan merampas wang tunai tersebut ketika sedang bekerja di Petronas NGV, Jalan Jambu Jerteh, Jinjang Selatan, Sentul di sini, pada 12 Jun 2008 kira-kira pukul 5.30 pagi.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan dijalankan oleh Nurmadiana Mamat, manakala Jalaluddin diwakili peguam bela Richard Khoo sementara Chong diwakili peguam bela Harjeet Singh Sidhu. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment