Friday, 30 September 2011

Pekerja kilang papan cedera ditembak



30/09/2011 2:30pm

KOTA BHARU - Gara-gara bergaduh kerana hutang dadah, seorang pekerja kilang papan cedera ditembak di bahagian paha di Kampung Telekong, Kuala Krai, petang semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa yang berusia 35 tahun berasal dari Dabong itu, kini dirawat di Hospital Kuala Krai dan keadaannya dilaporkan stabil.
"Setakat ini polis masih belum membuat sebarang tangkapan walaupun telah mengenal pasti suspek,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Bulan Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas kejadian itu yang berlaku kira-kira 6.30 petang, Jalaluddin berkata, pihaknya percaya kejadian berpunca daripada kegagalan suspek dan mangsa menyelesaikan hutang pembelian dadah jenis pil kuda. - Bernama

No comments:

Post a Comment