Thursday, 6 October 2011

Reda kembali ke penjara



DUNGUN - ‘Biarlah saya ke sana, sekurang-kurangnya saya berpeluang belajar agama dan berubah untuk jadi manusia lebih baik,” demikian pengakuan bekas banduan wanita yang kini dipenjarakan sekali lagi berikutan kegaga-lannya menjelaskan denda mahkamah.

Mazaliaty Mat Udi, 25, dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau dua bulan penjara selepas dia didapati bersalah berkhalwat dengan pasangannya,

Mohd Safuan Mamat, 22, di Hotel Medo, Kuala Dungun, kira-kira jam 8.15 pagi 26 Mei lalu.

Ibu tunggal beranak satu itu bagaimanapun memilih hukuman penjara kerana gagal menjelaskan denda yang ditetapkan Mahkamah menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa untuk menjalani hukuman selama dua bulan.

Mazaliaty yang sempat ditemui Sinar Harian menceritakan pengalamannya di penjara berkata, walaupun dia pernah bergelar banduan, namun dia tidak malu untuk berhadapan dengan masyarakat, malah apa yang dilaluinya itu dianggap hukuman atas keterlanjuran di lakukan.

Dia yang berasal dari Sungai Udang berkata, ketika berada di penjara, selain diterapkan dengan disiplin dan pengurusan diri, dia juga sempat mempelajari agama khususnya solat dan puasa.

Katanya, menjalani hukuman selama empat bulan di penjara sebelumnya memberi peluang untuk dia memperbetulkan bacaan dalam solat, mengaji al-Quran selain mempelajari pelbagai doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.

“Ketika berada dalam penjara, saya menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya untuk mengenali diri selain membetulkan segala kesilapan yang pernah saya lakukan.

“Ini masuk kali ketiga saya menjadi penghuni tirai besi, bagi orang lain, mungkin mereka rasa sedih, tetapi bagi saya, ia adalah peluang saya memperbaiki diri dengan kembali kepada agama,” katanya.

Ditanya apakah pe-ngalaman berharga yang dapat dijadikan pengajaran buatnya, Mazaliaty berkata, dia dapat mengenal erti kebebasan dan peluang setiap individu untuk menjadikan kehidupannya bermakna atau sebaliknya.

“Apabila kita menjadi pesalah, di situlah kita dapat mengenal diri kita yang sebenarnya, nilai kebeba-san, pada masa sama dapat mengenali siapakah kawan kita yang setia dengan kita, yang sanggup bersama kita waktu senang dan susah.

“Namun, saya nasihatkan agar hargailah kehidu-pan ini dengan sebaik-baiknya, jangan sekali-kali ia dicemari dengan peristiwa hitam,” katanya yang pernah menjual barang curi.

No comments:

Post a Comment