ALOR SETAR — Seramai 672 anggota polis yang berpangkat Lans Koperal di Kedah dinaikkan pangkat kepada Koperal tanpa melalui proses temuduga selaras dengan pengumuman kenaikan pangkat yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, semua anggota polis yang dinaikkan pangkat itu hanya perlu lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh jabatan di samping tempoh perkhidmatan tidak kurang dari lapan tahun berkhidmat.
"Penilaian juga dibuat melalui prestasi kerja dan tiada masalah tatatertib sepanjang tempoh perkhidmatan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Koperal Kontinjen Kedah 2011 di Dataran Pahlawan di sini hari ini.
Beliau berkata, proses kenaikan pangkat itu akan dilakukan secara berperingkat dan hari ini adalah fasa pertama melibatkan 672 anggota seluruh Kedah. — Bernama
No comments:
Post a Comment