Thursday 6 October 2011

Dagang rakan: Wanita Uganda dipenjara

06/10/2011 3:16pm KUALA LUMPUR — Seorang wanita warganegara Uganda dijatuhi hukman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita senegaranya tahun lepas. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu terhadap Nalwadda Specioza, 38, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan. Specioza, pelajar di sebuah kolej swasta tempatan, didakwa memperdagangkan Faridah Namakula, 30, bagi maksud ekploitasi seks di Blok B-6-6, Puncak Bayan Kondo, Taman Connaught, Cheras di sini antara 25 Nov dan 12 Dis tahun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda. Ahmad Zamzani membenarkan permohonan peguam Leonard Anselm Gomes yang mewakili tertuduh untuk menangguh pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan mengekalkan jaminan asal RM15,000 dengan dua penjamin warga tempatan. — Bernama

No comments:

Post a Comment