Pengarahnya, Abd Rahim Othman, berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 6 petang membabitkan sepasukan anggota pegawai penguat kuasa Perhilitan negeri dan anggota keselamatan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM64,000 termasuk bot.
Menurutnya, dalam serbuan itu, dua suspek berada di dalam bot pancung dalam keadaan mencurigakan di perairan Pulau Besar menuju ke arah Sungai Duyung sebelum dikejar dengan bot ronda.
“Bertindak atas maklumat berkenaan, pihak kami menghantar beberapa anggota untuk melakukan intipan dan hasilnya kami dapati sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan perairan pulau berkenaan.
“Ketika pemantauan dilakukan, dua suspek berusia 42 dan 64 tahun yang dipercayai tekong dan awak-awak dikesan sedang melakukan proses pemindahan tenggiling ke dalam bot pancung mereka,” katanya.
Katanya, berlaku aksi kejar mengejar selama setengah jam sebelum bot pancung dinaiki dua suspek terbabit berjaya ditahan dalam jarak kira-kira tiga batu nautika dari Muara Sungai Duyung.
“Ketika ditahan, dua suspek terbabit gagal melarikan diri dan selepas digeledah, didapati 22 guni berwarna biru yang setiap satu di dalamnya terdapat seekor tenggiling manakala satu guni lagi berisi dua ekor anak tenggiling.
“Setelah disoal siasat, kedua suspek ditahan sebelum dibawa ke pengkalan penguatkuasaan keselamatan Kuala Linggi kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen,” katanya.
Sementara itu katanya, suspek akan didakwa kerana membawa haiwan eksotik yang dilindungi di bawah Akta (716) Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta (686) Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008.
“Bagaimanapun, pihak Perhilitan sedang menyiasat kes berkenaan secara terperinci untuk mensabitkan kesalahan mereka,” katanya, semalam
No comments:
Post a Comment