Thursday 6 October 2011

2 terbunuh bas diserang Taliban

2011/10/06
 KANDAHAR: Dua orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh manakala 16 lain cedera parah apabila Taliban melepaskan tembakan pada sebuah bas di selatan Afghanistan hari ini, kata pihak berkuasa tempatan. Ia berlaku selepas pemandu bas tidak menghiraukan arahan kumpulan militan itu supaya berhenti, sebaliknya pemandu bas berkenaan terus memandu di sepanjang jalan di daerah bergolak, Gereshk, wilayah Helmand. Jurucakap wilayah itu, Daud Ahmadi, berkata seorang lelaki dan seorang kanak-kanak terbunuh manakala lapan wanita dan masing-masing empat lelaki serta kanak-kanak cedera. "Taliban menahan ke arah bas itu dan memberikan isyarat berhenti. Namun, pemandu bas berkenaan tidak menghiraukan arahan itu sehingga menyebabkan kumpulan Taliban melepaskan tembakan. “Susulan kejadian itu, dua terbunuh dan salah satu daripadanya adalah kanak-kanak," katanya. - AFP.

No comments:

Post a Comment