BRUSSELS: Pakatan NATO hari ini dilaporkan sedang menimbang untuk menamatkan kempen di Libya selepas tentera rejim Muammar Gaddafi hampir lumpuh manakala pergerakan mereka tidak lagi mudah dipantau menggunakan pesawat pejuang pakatan itu.
Ketika ini tentera yang masih setia dengan bekas Presiden itu berada di sekitar Sirte dan Bani Walid serta bersembunyi di kawasan penduduk tempatan sehingga penggunaan jet pejuang NATO tidak begitu efektif serta mendedahkan risiko kematian kepada rakyat tempatan.
“Anda tidak boleh menembak ke arah mereka yang tidak ada di kawasan itu," kata pegawai yang enggan namanya disiarkan itu. - AFP
No comments:
Post a Comment