2011/10/07
UNIVERSITI Chicago antara universiti yang menduduki 10 tempat teratas liga tahunan universiti dunia.
LONDON: Institusi pengajian tinggi Amerika Syarikat dan Britain sekali lagi menguasai liga tahunan universiti dunia yang dikeluarkan semalam, tetapi menyenaraikan satu nama baru di tempat teratas dan mengetepikan Harvard yang sejak sekian lama berada di tempat pertama.
Dua universiti terkemuka China juga meraih status elit tetapi tiada lagi institusi lain dari negara itu mampu meletakkan diri dalam senarai 200 teratas.
THE menyifatkan kejayaan Caltech disebabkan keputusan yang konsisten dalam pelbagai petunjuknya dan peningkatan ketara bagi pembiayaan penyelidikan.
Caltech mengkhususkan sains dan kejuruteraan dan mempunyai kampus utama di utara Los Angeles.
Harvard yang berusia 365 tahun, buat pertama kalinya gagal mengungguli tempat teratas sejak THE mula menerbitkan kedudukan universiti global, berkongsi tempat kedua dengan universiti Stanford, California.
Universiti Chicago juga mengekalkan prestasi dengan menjadi antara 10 pusat pengajian terbaik. – AFP
No comments:
Post a Comment