Thursday 6 October 2011

Qantas batalkan banyak penerbangan akibat mogok




SEKUMPULAN kakitangan Qantas berkumpul di luar terminal Qantas. Mogok itu menyebabkan ribuan penumpang terkandas apabila 55 penerbangan seluruh Australia telah dibatal atau ditangguhkan.


SYDNEY - Syarikat penerbangan Australia, Qantas Airways menyatakan mogok terkini oleh kakitangan di darat dan juruteranya menyebabkan berpuluh-puluh penerbangan terpaksa ditangguh atau dibatalkan.
Pihak pengurusan syarikat penerbangan berkenaan berkata, sebanyak 17 penerbangan dibatalkan semalam dengan 29 yang lain mengalami kelewatan sehingga sejam ekoran mogok yang dilancarkan oleh Kesatuan Pekerja Pengangkutan dan Persekutuan Persatuan Jurutera Pesawat Berlesen Australia.
Kedua-dua kesatuan sekerja itu mengadakan beberapa siri mogok sejak beberapa minggu lalu untuk menuntut kenaikan gaji dan persekitaran kerja yang lebih baik.
Menurut Qantas, lebih 35,000 penumpang terjejas susulan siri mogok yang berlangsung sejak sebulan lalu. - Agensi

No comments:

Post a Comment