Thursday 6 October 2011

Aristokrat Sepanyol kahwini lelaki 25 tahun lebih muda



DUCHESS OF ALBA menari selepas upacara 
perkahwinannya di Istana Las Duenas di Seville.


MADRID - Kerabat diraja Sepanyol, Maria del Rosario Cayetana Fitz-James-Stuart mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada usia 85 tahun.
Berasal daripada keturunan raja Scotland, Raja James VII, aristokrat yang mewarisi gelaran Duchess of Alba itu berkahwin dengan seorang kakitangan awam Sepanyol berusia 25 tahun lebih muda daripadanya, Alfonso Díez Carabantes.
Duchess of Alba yang dua kali menjadi balu mengahwini Carabantes, 61, yang dikenalinya pada 2008 di istananya, Palacio de las Duenas, di bandar Seville.
Rancangan mereka untuk berkahwin sebelum ini ditentang oleh keenam-enam anak Duchess of Alba, sebelum mendapat restu daripada ketua negara Sepanyol, Raja Juan Carlos.
Anak-anak aristokrat berkenaan akhirnya bersetuju ibu mereka berkahwin selepas beliau membahagikan hartanya kepada mereka.
Kekayaan Duchess of Alba termasuk beberapa istana lama di seluruh Sepanyol, sejumlah lukisan oleh pelukis tersohor Velazquez dan Goya serta sejumlah besar tanah.
Kekayaan yang beliau miliki dianggarkan bernilai 600 juta euro (RM2.54 bilion) hingga 3.5 bilion euro (RM14.86 bilion).
- Agensi

No comments:

Post a Comment