Thursday 6 October 2011

Tujuh lelaki ditahan bantu siasat kes bunuh suami isteri

06/10/2011 2:34pm


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan (tengah) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah (kiri) serta pegawai penyiasat sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. - Utusan/MOHD. SHAHARANI SAIBI



SHAH ALAM 6 Okt. — Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang bapa dan anaknya bagi membantu siasatan kes pembunuhan sepasang suami isteri di sebuah dusun durian berhampiran kebun getah di Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Yam, Selangor pada 28 Sept lepas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, kesemua suspek warganegara tempatan itu berusia antara 16 dan 44 tahun ditahan di beberapa lokasi pada 30 Sept. dan 3 Okt lepas.
"Tangkapan pertama membabitkan lima lelaki warga tempatan di mana tiga daripada suspek didapati mempunyai rekod kesalahan lampau serta dua lagi masih berstatus Ordinan Pencegahan Jenayah (PCO) di kawasan Ulu Yam.
"Dua lagi suspek ditahan pada Isnin lepas dan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah namun seorang daripadanya positif dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.
Beliau berkata, semalam polis turut menjumpai dua bilah parang yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa di dalam Sungai Selangor Rasa, Batang Kali, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Thaiveegan berkata, kejadian bunuh itu dipercayai bermotif dendam dan perselisihan faham. — Bernama

No comments:

Post a Comment