Ketika disoal siasat, wanita berkenaan berkata, dia terpaksa bermalam di rumah teman lelakinya selepas hasratnya untuk pulang ke kampung dihalang kedua ibu bapanya kerana sedang menduduki peperiksaan. Menurutnya, oleh kerana ketika itu dia sudah berada di dalam bas, hasrat pulang ke kampung terpaksa diteruskan. “Saya sudah dalam perjalanan pulang dan apabila sampai saya hubungi teman lelaki yang dikenali sejak dua tahun lalu untuk mengambil saya di stesen bas dan meminta bantuan mencari tempat bermalam sebelum pulang esok (hari ini) ke tempat belajar. “Saya sudah tidak tahu hendak bermalam di mana dan terpaksa menumpang tidur di rumahnya. Hendak tidak hendak saya terpaksa menumpang tidur di situ. Tambahan pula, dia tinggal bersama bapa saudaranya dan saya rasa agak selamat,” katanya. Wanita terbabit berkata, dia tidak menyangka, tindakannya menumpang tidur di situ boleh menyebabkannya ditahan unit penguatkuasaan hasil makluman yang diberikan penduduk di kejiranan itu. Sementara itu, teman lelakinya berkata, teman wanitanya menghubunginya dan minta bantuan untuk mengambilnya di stesen bas kerana tidak tahu di mana hendak bermalam. Katanya, dia dimaklumkan teman wanitanya menghadapi masalah dengan rakan-rakan di tempat belajar dan ingin pulang ke kampung memandangkan ada cuti sehari, namun tidak dibenarkan pulang oleh ibu dan bapanya. “Dia beritahu saya, dia tidak boleh pulang ke rumah dan tidak tahu hendak bermalam di mana. Saya sendiri pun tidak tahu hendak buat apa, dia berdegil tidak mahu pulang ke rumah kerana tidak mahu dimarahi keluarga. “Saya ambil keputusan untuk bawanya pulang ke rumah sewa kerana tidak tahu di mana lagi tempat untuk dia tumpang bermalam. Memang kami tidak buat apa-apa. Saya di ruang tamu dan dia tidur di dalam bilik. Manakala teman serumah lain turut berada di ruang tamu dan di bilik masing-masing,” katanya. Bapa saudara lelaki terbabit yang turut ditahan dalam serbuan itu berkata, tindakan anak saudaranya bawa pulang perempuan memberi kesan buruk kepada semua penghuni rumah. “Kita sudah pesan, jangan bawa balik perempuan ke rumah ini. Memang sebelum ini kali pertama berlaku disebabkan kasihan dengan perempuan,” katanya. Sementara itu, seorang penduduk dikenali sebagai Budin, 50, berkata, dia rasa curiga apabila melihat seorang lelaki membawa masuk seorang wanita ke rumah sewanya kira-kira jam 12.00 malam dalam keadaan takut-takut lalu bertindak menghubungi Jais. “Kita puas hati apabila mereka yang berkenaan diambil tindakan,” katanya. Menurutnya, di kawasan itu memang sering berlaku situasi sumbang, cuma si pelakunya bernasib baik kerana tidak terserempak dengan penduduk di kawasan kejiranan itu. Difahamkan, wanita itu dan teman lelakinya bersama bapa saudara ditahan Jais untuk siasatan lanjut. |
Thursday, 6 October 2011
Tumpang tidur rumah kekasih
Labels:
khalwat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment