Thursday 6 October 2011

Inspektor, konstabel polis dituduh setuju terima suapan RM4,000

2011/10/06
 SHAH ALAM: Seorang inspektor dan seorang konstabel polis sokongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan bersetuju menerima suapan RM4,000 sebagai dorongan untuk melepaskan dua wanita warga Thailand, Disember tahun lalu. Inspektor Mohd Azrul Azza Mat Jubin, 26, dan konstabel sokongan Mohd Fitri Hayat Ahmad, 23, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di depan Hakim M Bakri Abdul Majid. Mereka didakwa menyetuju terima suapan wang tunai RM4,000 daripada peniaga Chin Chen Seng sebagai dorongan untuk melepaskan dua wanita warga negara Thailand yang ditangkap polis pada 18 Disember 2010. Mohd Azrul Azza dan Mohd Fitri Hayat, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Balai Polis Seri Kembangan dekat sini, pada 24 Disember tahun lalu. Hakim M Bakri membenarkan Mohd Azrul Azza dan Mohd Fitri Hayat dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mahamad Sukri Seman manakala Mohd Azrul Azza diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff, dan Mohd Fitri Hayat diwakili peguam G Subramaniam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment