Thursday 6 October 2011

'Raja Lawak' positif dadah dibebas



Oleh Johary Indan 
bhnews@bharian.com.my
2011/10/07

Polis tunggu ujian air kencing anggota kumpulan dari Sabah 

TUARAN: Seorang anggota kumpulan juara program Raja Lawak yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sini, Selasa lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, berkata siasatan terhadap artis yang masih aktif berlawak itu sudah selesai.
“Kita sudah mendapat maklumat diperlukan susulan penahanannya kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Polis kini menunggu laporan ujian air kencing artis terbabit daripada pihak hospital sebelum menentukan tindakan lanjut,” katanya semalam. 

Dalam kejadian jam 10 malam Selesa lalu, artis berusia 21 tahun itu ditahan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran ketika ditemui berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di pekan itu. 

Difahamkan, pelawak berkenaan dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan dan ujian air kencingnya didapati positif dadah.

Artis yang masih bujang itu ditahan reman empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan jam 12 tengah hari semalam.

No comments:

Post a Comment