Tuesday 4 October 2011

Dua anggota polis dipenjara empat tahun





2011/10/04

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua tahanan dalam kejadian berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, tiga tahun lalu. 

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu terhadap Sarjan Mohd Shafiee Abdul HAlim, 35, dan Sarjan Mohd Diah Sulaiman, 45, dari IPD berkenaan.
Mereka dituduh mencederakan B Prabakar, 30, di Pejabat Detektif D7, IPD Brickfields antara jam 10.15 malam, 23 Disember hingga 3.30 pagi, 24 Disember 2008 mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua yang didakwa dilakukan di tempat dan masa sama, mereka didakwa mencederakan C Solomon Raj, 20, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment