LONDON - Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich dituduh di mahkamah Britain atas tuduhan menakut-nakutkan rakan taikunnya dari Rusia, Boris Berezovsky untuk menjual saham syarikat minyak pada harga diskaun yang besar.
Peguam Berezovsky berkata, Abramovich pecah amanah dan melanggar perjanjian kontrak ke atas penjualan saham dalam syarikat minyak Rusia, Sibneft.
Kes itu dibicarakan di Mahkamah Rayuan di London kelmarin.
Berezovsky menuntut lebih £3.2 bilion (RM15.71 bilion) sebagai ganti rugi kerosakan.
Abramovich menafikan bahawa Berezovsky mempunyai kepentingan dalam Sibneft.
Dia dan Berezovsky menghadiri hari pertama perbicaraan kes itu yang kemungkinan berlanjutan sehingga dua bulan.
Berezovsky melarikan diri ke Britain pada 2001 selepas mengkritik kerajaan Rusia yang ketika itu dipimpin Presiden Vladimir Putin. - Agensi
No comments:
Post a Comment