Tuesday 4 October 2011

Mesir tahan semula 'perisik' Hezbollah





2011/10/04


KAHERAH: Pihak berkuasa keselamatan Mesir hari ini menahan semula seorang suspek lelaki yang menjadi perisik kepada kumpulan Islam Lubnan, Hezbollah selepas terlepas daripada penjara ketika kemuncak kekacauan anti-kerajaan, Januari lalu. 
Agensi berita rasmi MENA melaporkan, Hassan al-Manakhly, salah seorang daripada 22 anggota Hezbollah yang ditahan di penjara, ditangkap semula selepas tampil dalam satu program bual bicara televisyen, malam Ahad lalu, di Kaherah. Manakhly sudah 10 tahun berada dalam penjara kerana menjadi ejen perisik kepada Hezbollah dan merancang melakukan beberapa serangan pengganas di Mesir.

Pihak berkuasa Mesir pada 3 Februari lalu mengumumkan 22 anggota Hezbollah yang ditahan di penjara di negara itu dikenal pasti meloloskan diri ketika kemuncak gerakan menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak. - AFP

No comments:

Post a Comment