Tuesday, 4 October 2011

Turki mahu kena sekatan ke atas Syria

ANKARA: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan semalam berkata, kerajaannya akan membuat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Syria.
“Kita tidak boleh terus menjadi pemerhati saja mengenai keadaan di Syria sedangkan ramai rakyat yang tidak berdosa mati. Kita tak boleh biarkan ia berterusan,” katanya kepada agensi berita Anatolia.
Perdana Menteri itu berkata demikian ketika membuat lawatan rasmi di Afrika Selatan berkata, dia akan melawat khemah pelarian yang menempatkan beribu pelarian di Hatay, berdekatan sempadan Syria.

“Kami akan mengumumkan jenis sekatan setelah melawat Hatay,” kata Recep.


“Kami juga sudah mengumumkan mengenai beberapa perkara yang tidak boleh ditangguh lagi,” katanya lagi.

Turki telah beberapa kali menyuarakan rasa tidak senang hati dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad kerana gagal mendengar luahan rakyat di mana menurut laporan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira 2,600 orang telah mati akibat tindakan kejam ketika gelombang kebangkitan pro-demokrasi berlaku.

Bulan lepas, Turki menghentikan penghantaran senjata ke Syria. - AFP

No comments:

Post a Comment